Banner

Online Publication

Koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma. Selamat membaca!

Kitchen Online
Kitchen Online

Kitchen Online (3)

Saturday, 13 October 2012 02:44

Kitchen Online Oktober

Written by
Sayangi diri dan sayangilah keluarga anda! Itulah konsep resipi ‘Sihat & Lazat’ yang ingin dikongsikan bersama pembaca semua dalam pengisian majalah Kitchen Online keluaran bulan Oktober ini. Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana. Pemakanan seimbang dan berkhasiat harus dititikberatkan. Ayuh sama-sama amalkan gaya hidup sihat!
Sunday, 12 August 2012 10:24

Kitchen Online Edisi Ogos 2012

Written by
Menjelang sambutan Syawal ini, kami menjanjikan kepada anda variasi menu lazat dan juadah yang pastinya menceriakan anda dan keluarga di sepanjang bulan yang mulia ini.  Paling penting, koleksi resipi kali ini adalah mudah dan sangat praktikal untuk anda cuba di rumah.
 
Dalam kehidupan yang serba canggih ini, edisi kali ini mungkin boleh mengubati kerinduan anda pada pelbagai juadah tradisi hari lebaran. Jom sama-sama mencuba semua resipi pilihan untuk dijamu pada keluarga dan teman-teman…
Friday, 13 July 2012 01:19

Kitchen Online Edisi Julai 2012

Written by
Ilham dan inspirasi majalah Kitchen Online edisi pertama ini diharapkan dapat membantu anda untuk belajar memasak dan menyediakan pelbagai  jenis resipi yang popular di kalangan masyarakat tempatan. Melalui majalah ini, anda mampu memcuba variasi hidangan dengan cara langkah demi langkah begitu mudah. Anda cuma perlu menyediakan bahan-bahan mengikut sukatan dan masak dengan sempurna. Lebih istimewa, setiap resipi disediakan oleh beberapa blogger masakan popular yang mana mereka memang pakar dan kerap menyediakan resipi untuk banyak majalah terbitan tempatan.

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.