Banner

Media Glam Sdn Bhd

Syarikat Media Glam Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyedia dan mengedar bahan bacaan terbitan secara elektronik/digital kepada masyarakat. Ini adalah salah satu inisiatif bagi membangunankan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia. Kita ketahui bahawa, bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar merupakan saluran penting dalam proses penyebaran maklumat serta pengembangan ilmu. Atas dasar ini, Media Glam Sdn. Bhd. melalui laman sesawang, http://www.mediaglam.com, memegang tanggungjawab itu dalam menggiatkan usaha menerbitkan bahan-bahan bacaan digital yang dapat membangunkan pemikiran serta pandangan hidup masyarakat Malaysia berlandaskan minda yang dinamik, menghargai kemajuan dan berkeinginan untuk terus maju di dalam arus pembangunan teknologi maklumat (ICT) negara.

Media Glam Sdn. Bhd. memainkan peranan sebagai penerbit majalah-majalah dan bahan bacaan yang inovatif dan berinformasi untuk tatapan semua lapisan umur masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab, Media Glam Sdn. Bhd. menyediakan akses secara percuma kepada orang ramai untuk membaca serta memuat turun kandungan bahan bacaan dan majalah digital terbitan kami. Diharapkan dengan usaha ini, pihak syarikat Media Glam Sdn. Bhd. dapat mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran literasi ICT di kalangan masyarakat.

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.